Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Syaikh Makinuddin Al-Asmar

Beliau adalah sahabat seperguruan Wali hebat, Syekh Abu al-abbas al-mursi ( w. 686H), keduanya merupakan murid yang berguru kepada imam Ibnu athaillah as sakandari. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Mansur. Beliau bukan sekedar tokoh sufi, bahkan tokoh dalam bidang ilmu qiraat juga. Beliau adalah seorang hafiz Alquran dan pakar dalam qiraat tujuh, dan digelari sebagai syekh Al-Qurra'. Al hafiz Al zahabi dalam kitab Al Islam menggelarinya Muqri Al-iskandariyah. Bahkan Al hafiz Al Ghazali dalam kitab ghoyah an-nihayah fi thobaqot al qurra' menggelarinya Muqri Aldiyar Al misriyah. Beliau berumur panjang dan banyak yang mempelajari ilmu qiroat dari beliau.


Kisah dengan Imam As syadzili

Syekh makinuddin Al-Asmar berkata : aku sangat susah sekali mempelajari Ilmu Tasawuf sampai pada akhirnya nya aku bertemu dengan imam Asy syadzili dan hilanglah semua kesusahan itu". Guru besar beliau imam Abu Al Hasan Asy syadzili berkata. "Dia ini coklat kulitnya tapi putih hatinya" dan menyatakan bahwa ia adalah salah seorang dari tujuh wali abdal.

Syeikh Makinuddin bersama gurunya (Imam As-Sadzily) mengikuti perang mansuroh melawan orang-orang Kristen pada tahun 648 H. Beliau dianggap salah seorang daripada tujuh wali abdal. 


Berikut adalah nukilan-nukilan yang berkaitan dengan Syeikh Makinuddin al-Asmar dalam kitab Taj al-'Arus.

Kata Syeikh Makinuddin al-Asmar: "Pada permulaan perjalanan kerohanian, aku hanya berkerja menjahit dan mencari rezeki. Dan aku sering menghitung percakapanku pada waktu siang. Apabila tiba waktu petang aku akan menghisab diriku. Maka aku dapati percakapanku sedikit. Percakapan yang aku dapati mengandungi kebaikan, aku akan memuji Allah dan bersyukur. Dan percakapan yang aku dapati mengandungi selain dari itu, aku akan bertaubat kepada Allah dan beristighfar kepada-Nya". Demikianlah sehingga beliau menjadi wali abdal.

Syeikh Makinuddin al-Asmar pernah berkata "Aku pernah bermimpi melihat seorang bidadari yang berkata: "Aku untukmu dan kamu untukku". Lalu selama kira-kira dua atau tiga bulan kemudian aku
tidak mampu mendengar kata-kata seorang makhluk pun melainkan aku akan termuntah, kerana kemanisan kata-kata bidadari itu".

Syeikh Makinuddin al-Asmar berkata: "Suatu ketika di Iskandariyyah aku pernah melihat satu 'matahari' telah terbit bersama-sama matahari yang ada, lalu aku berasa takjub dengan keadaan itu, lantas aku pun mendekatinya. Rupa-rupanya seorang pemuda yang baru tumbuh jambangnya. Cahayanya telah mengatasi cahaya matahari. Lalu aku pun memberi salam kepadanya, dan dia pun membalas salam tersebut. Aku bertanya kepadanya: Dari mana? 
Jawab pemuda tersebut "Saya telah solat subuh di Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis, dan saya akan bersolat dzuhur di tempat kamu ini, dan solat ashar di Makkah, serta solat maghrib di Madinah". Lantas aku menawarinya "maukah kamu menjadi tamuku?" Namun, balasnya "tiada kesempatan untuk itu Kemudian beliaupun mengucapkan salam perpisahan buatku dan beranjak pergi".


Cerita Syeikh Makinuddin al-Asmar: "Aku pernah melihat di Iskandariyyah seorang hamba bersama-sama dengan tuannya, dan diatas kedua-dua mereka terdapat satu 'panji' yang menyelubungi antara
langit dan bumi. Lalu aku berkata "panji ini kepunyaan si-tuan ataupun si-hamba?". Lantas aku pun mengikuti mereka berdua, sehinggalah tuannya membelikan untuknya šatu keperluan serta berpisah dengannya. Tatkala hamba itu menjauh, panji tadi pun pergi bersamanya. Maka aku tahu bahwa beliau adalah seorang wali daripada wali-wali Allah Taala. Lantas aku pun pergi berjumpa dengan tuannya, dan aku berkata kepadanya: "maukah engkau menjual hamba ini kepadaku? 
Lalu balasnya "Mengapa?" 
Beliau terus mendesakku sehingga aku menceritakan kepada beliau keadaan sebenarnya. Lalu ia berkata "Hai tuan, apa yang engkau minta itu, aku lebih utama berbuat begitu" Dan beliau pun memerdekakannya. Hamba tersebut adalah seorang wali yang besar".

Pada suatu malam lailatul qadar beliau berkata kepada Imam al-Mursi "aku telah melihat cahaya di setiap malam lailatul qadar, tapi pada malam ini cahaya itu hilang tidak ada" maka Imam al-Mursi menjawab "cahayamu mengalahkan cahayanya wahai Makinuddin.

Wallahu 'Alam Bi Al-Shawaab                



2 comments for "Kisah Syaikh Makinuddin Al-Asmar"